Soalan Lazim
- Jika ada booklet/ brosur didalam fail, perlukah kita mengiranya sebagai satu atau perlu dikira setiap helaian?
- Ya. Setiap booklet akan dikira satu-persatu helaian. Pastikan stapler, dawai, binding ring juga dibuka untuk memastikan bahan tersebut bebas dari elemen asing. Pastikan setiap ceraian helaian di kira sebagai satu helaian.
- Jika ada fail yang mempunyai gambar/sampul berisi gambar, perlukah dikira satu-satu sebagai helaian atau satu sampul?
- Ya, untuk gambar. Perlu diletakkan didalam sampul baru dan di kira sebagai satu helaian. Jika sampul tersebut mempunyai maklumat. Sampul tersebut perlu disimpan di dalam fail dan di kira sebagai satu helaian.
- Jika ada kesalahan dalam susunan tarikh dab folio. Perlukah kita menyusun semula mengikut urutan?
- Jika berlaku kesalahan susunan, perlulah diingat bahawa susunan dalam fail tersebut hendaklah tidak diubah mengikut prinsip “ORIGINAL ORDER”.
- Bahan yang melekat seperti stickcy notes, perlu dikira sebagai satu helaian atau tidak?
- Jika sticky notes melekat pada kertas, pastikan nota tersebut dikira sebagai satu helaian. Jika ia tertanggal dari kertas asal, lekatkan kembali menggunakan filmoplas pada kedua-dua belah permukaan
TIDAK MENJUMPAI SOALAN ATAU JAWAPAN YANG ANDA CARI? SILA HUBUNGI KAMI DI SINI