EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

BookBear Services

Ditulis pada 15 June 2020

Pustaka Negeri Sarawak Sedia Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara PERCUMA bermula HARI INI.

Dalam meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik COVID-19, Pustaka Negeri Sarawak telah menyediakan perkhidmatan dengan kelaziman baharu menerusi Perkhidmatan BookBear.

BookBear merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna yang mana pengguna boleh memuat turun aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store yang akan mula beroperasi pada 13 Jun 2020 seperti di bawah:

Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Masa Operasi: 9:00pagi -5:00petang

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangkan Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pegawai seranta kami Encik Edison Ricket di link whatsapp di bawah :

https://wa.me/60138044220?text=HiPustakaNegeriSarawak