EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Penggunaan Tempat/ Fasiliti Pustaka Negeri Sarawak

Ditulis pada 03 November 2021

Pustaka Negeri Sarawak telah membuka penggunaan tempat dan fasiliti kepada orang awam bermula 1 November 2021 dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti di bawah:-

1. Kehadiran dalam satu tempoh masa adalah terhad kepada 50% kapasiti mengikut ruang bilik yang digunakan.

2. Peserta / pengguna mestilah mempunyai vaksin lengkap, bukan kes positif COVID-19, bukan kontak rapat kepada kes positif dan tidak bergerjala.

3. Peserta / pengguna yang belum divaksin perlu menjalani pre-event test menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.

Berikut adalah tempat/fasiliti yang telah dibuka untuk sewaan:-
i. Auditorium
• Memuatkan 140 orang sahaja.

ii. Bilik Seminar 1 & 2
• Memuatkan 50 orang (sekiranya hanya menggunakan kerusi sahaja)
• Memuatkan 30 orang (sekiranya menggunakan kerusi dan meja)

iii. Bilik Konferen 1, 2 & 3
• Memuatkan 15 orang (sekiranya hanya menggunakan kerusi sahaja)
• Memuatkan 10 orang (sekiranya menggunakan kerusi dan meja)

iv. Bilik Latihan ICT
• Memuatkan 20 orang sahaja

Untuk penggunaan dewan adalah masih belum dibenarkan sehingga diberitahu kelak.

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi pegawai kami Idris Morni di talian 082-442000/ 0105919577 atau email idrism@sarawak.gov.my.