EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PROGRAM PEMULIHARAAN DOKUMEN-DOKUMEN KENANGAN BERSAMA KOMUNITI ANJURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA, KUALA LUMPUR DENGAN KERJASAMA PUSTAKA NEGERI SARAWAK

Ditulis pada 05 November 2022

PROGRAM PEMULIHARAAN DOKUMEN-DOKUMEN KENANGAN BERSAMA KOMUNITI ANJURAN LEMBAGA PEMBANGUNAN SENI VISUAL NEGARA, KUALA LUMPUR DENGAN KERJASAMA PUSTAKA NEGERI SARAWAK.

KUCHING : Satu sesi pemuliharaan dokumen akan dijalankan anjuran Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak pada 7 November 2022, jam 9.00 hingga 11.00 pagi di Ruang Legar Aras Bawah, Pustaka Negeri Sarawak.
Tujuan sesi ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dan komuniti untuk mempelajari proses-proses asas memulihara dan membaikpulih dokumen-dokumen lama seperti dokumen peribadi dan sebagainya. Selain itu, sesi ini juga dapat memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara dan memulihara dokumen atau rekod lama yang mempunyai nilai sejarah pemiliknya dan perlu dijaga untuk diwarisi oleh generasi yang akan datang.
Oleh itu, orang ramai adalah dijemput hadir dan membawa dokumen peribadi lama untuk tujuan baikpulih asas seperti koyak, terkena banjir, berkulat dan sebagainya.
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai. Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan gunakan pelitup muka sepanjang program berlangsung.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Puan Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.

#PustakaNegeriSarawak
#SarawakStateLibrary
#BacaRekaCemerlang
#ReadInnovateExcel
#pustaka2022

Please LIKE, COMMENT & SHARE:
Website : https://www.pustaka-sarawak.com
Facebook : https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/
Twitter : https://twitter.com/pustakaswk
Instagram : https://www.instagram.com/pustakaswk/