EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pujuklah Rasa

image description
Call no.
: 297.57 ROB
Author
: Dr. Robiah K. Hamzah
Contributor
: Siti Rohana Binti Saat
Summary
Buku Pujuklah Rasa mengandungi pecahan tajuk kecil iaitu Belailah Rasa, Rasakan Anugerah Ini, Rasakan Tuhan Ada Di Sampingmu dan Rasakan Adanya Dunia Di Sana.

Karya ini dapat membimbing kita untuk merasakan hidup ini adalah anugerah yang paling utama untuk disyukuri. Ini kerana, warna kehidupan sering berubah terkadang mencetus perasaan negative yang akhirnya menjadi belenggu untuk kita memperkembangkan potensi diri agar menjadi insan yang lebih bahagia.

Buku ini dihidangkan atas dasar kasih sayang yang teramat mendalam untuk membina rasa rindu terhebat terhadap ALLAH SWT dan cinta tertinggi terhadap Rasulullah SAW, ikon terbaik di dunia bagi menikmati perhatian, perlindungan, kemurahan dan cinta hakiki daripada DIA Yang Maha Esa.


Karya ini juga mengajak kita bertanya kepada diri sendiri sejauh mana kita sudah menghidupkan kablu untuk saling berkasih saying sesama makhluk dan makhluk dengan Penciptanya selaku pembekal segala bentuk kebahagian yang menjadi impian semua.

Naskah ini bertujuan untuk membantu kita agar mampu memahami perasaan sendiri terhadap DIA dan Perasaan diri kepada orang lain.