EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak Anjur World Quran Hour 2024 Peringkat Negeri Sarawak

Posted on 21 March 2024

21 Mac 2024, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak mengajak kita bersama-sama menyokong World Quran Hour 2024 yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada 24 Ramadan 1445H bersamaan hari Khamis, 4 April 2024 bermula jam 10:15 pagi hingga 10:30 pagi.

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Islamic Information Centre (IIC), Majlis Islam Sarawak dan Rumah Ngaji Sarawak akan mengadakan World Quran Hour 2024 Peringkat Negeri Sarawak yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datu Dr. Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) bertempat di Auditorium, Islamic Information Centre, Kuching.

Pelbagai pengisian program turut diadakan pada hari tersebut antaranya adalah Tadabbur Surah Al-Jumu’ah oleh Ustaz Haji Mohd Salahuddin bin Marzuki, Bacaan Al-Quran dari Blind Qari, Persembahan Nasyid dan Qasidah dan dapat ditonton secara langsung melalui platform Facebook dan Youtube Pustaka Negeri Sarawak bermula jam 9:00 pagi – 12:00 tengahari.

Pada kali ini Surah Al-Jumu’ah telah dipilih dengan bertemakan “Kesatuan dan Transformasi Sosial”. Panduan Surah ke-62 ini mengajak golongan Ulama, Umara’ dan Ummah untuk kesatuan dan transformasi sosial. Semoga kita semua kembali mendekati ALLAH, sebaik-baik Pemberi Rezeki.

Semua lapisan masyarakat di Sarawak yang menyertai program ini boleh memuat naik gambar masing-masing di laman sosial dengan menaip #worldquranhour #worldquranhour24 #wqh dan hantar ke Instagram serta Facebook Pustaka Negeri Sarawak.

Laporan/statistik penyertaan boleh dihantar melalui “web browser” di alamat https://bit.ly/wqh2024

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ramdzan Saman atau Puan Dayang Najwa Hazwani Awang Zaini ditalian 082-442000.

Sekian, terima kasih.