Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right
10 August 2026
Tuhan Tak Pernah Pergi
Tuhan Tak Pernah Pergi
Coping & Resilience

Tuhan Tak Pernah Pergi

By Nur Nadhirah Frida Binti Abdullah

Sinopsis

Tuhan Tak Pernah Pergi karya Iddin Ramli ialah buku renungan rohani yang lembut dan menenangkan. Ia mengajak pembaca melihat ujian hidup bukan sebagai tanda ditinggalkan Tuhan, tetapi sebagai ruang untuk kembali mendekat. Bahasanya mudah dan mesra, seperti sahabat yang memujuk hati yang penat. Setiap bab mengingatkan bahawa walau seberat mana hidup terasa, Allah tetap ada cuma kita yang kadang-kadang terlupa.
Nombor Buku297.1226/IDD
Tempat TerbitanRawang, Selangor
PenerbitNaseehat Holding SDN BHD
Ukuran Tinggi Buku9786299935582

Sasaran Biblioterapi

Bil Sasaran Bukti Isi Buku
1 Individu yang Sedang Mengalami Krisis Emosi dan Kekecewaan Hidup Penulis menekankan bahawa apabila harapan hancur dan keinginan lebur, ayat-ayat Al-Quran hadir sebagai jawapan dan penawar agar manusia tidak berputus asa serta sentiasa bersangka baik dengan takdir.
2 Pembaca yang Mencari Motivasi dan Pendekatan Spiritual (Kerohanian) Buku ini menyediakan panduan praktikal melalui refleksi pengajaran di mana penulis menyatakan "dalam sujud ada tenang, dalam doa ada kekuatan" bagi membina semula kekuatan dalaman.

Perkembangan Diri

Bil Perkembangan Bukti Isi Buku
1 Membina Ketahanan Mental Menghadapi Kekecewaan Kandungan buku ini membimbing pembaca memahami "Kenapa Allah Hadirkan Kekecewaan", melatih minda untuk melihat hikmah di sebalik keributan yang melanda, dan mempercayai bahawa rahmat Allah sentiasa lebih luas daripada ujian-Nya.
2 Mentransformasikan Perspektif Melalui Sangka Baik Pengisian buku ini secara sistematik mengajar pembaca untuk membuka mata melalui wahyu, sekali gus melatih diri untuk sentiasa bersangka baik kepada-Nya serta menukar rasa kehilangan menjadi peluang untuk semakin dekat dengan Pencipta.
3 Menguruskan Tekanan dan Mencari Ketenangan Jiwa Secara Mandiri Penulis menyertakan kaedah menelusuri 6 perasaan utama manusia yang dikaitkan dengan ayat-ayat Al-Quran, membolehkan pembaca melakukan refleksi kendiri bagi merawat keresahan hati dan membina ketenangan dalam solat serta doa.