Category FAQs Search : COVID 19
Question: Saya bekerja di Singapura. Adakah saya dibenarkan untuk berulang alik ke pejabat di Singapura?
Answer: Tidak. Perintah Kawalan Pergerakan adalah terpakai kepada semua individu yang berada di dalam negara. Dalam hal ini, atas dasar keselamatan komuniti, mana-mana individu yang bekerja di negara jiran tetapi tinggal di Malaysia adalah tidak dibenarkan untuk keluar masuk secara harian dan dipohon untuk memaklumkan kepada majikan masing - masing berkenaan perkara ini.
(Source: Majlis Keselamatan Negara Malaysia, 17 Mar 2020)