Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : COVID 19

Question: Bagaimana dengan pelajar yang menginap di fasiliti IPT awam dan swasta khususnya pelajar luar negara?

Answer: Semua pelajar IPT awam dan swasta perlu diarahkan kembali ke kediaman masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Pelajar luar negara dinasihatkan pulang ke negara asal dalam tempoh ini. Pelajar yang pulang ke negara asal tidak dibenarkan kembali ke Malaysia sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa. Pelajar asing yang mengambil keputusan untuk terus berada di negara ini dan menginap di fasiliti IPT awam dan swasta perlu melapor kepada pihak pengurusan IPT dan tertakluk kepada Perintah yang berkuat kuasa.

(Source: Majlis Keselamatan Negara Malaysia, 17 Mar 2020)

Source Link: https://www.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/03/SOALAN-LAZIM-FAQ-Perintah-Kawalan-Pergerakan-2020-Covid-19.pdf