Category FAQs Search : Matu & Daro District Council
Question: Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan dan minuman serta lesen-lesen yang lain?
Answer: Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pembayaran, Majlis Daerah Matu & Daro dengan harga RM1.00. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :
i) Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
ii) Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini (Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry).
iii) Salinan Bil Cukai Taksiran yang baru dijelaskan.
iv) Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
v) Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
vi) Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
vii) Surat Sokongan daripada Pihak Polis (jika berkaitan).
viii) Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Kantin Kilang/Sekolah/Ladang)
ix) Pelan lokasi tempat berniaga.
(Source: Matu & Daro District Council Office Website, 07 Apr 2020)
Source Link: https://matu-darodc.sarawak.gov.my/