Category FAQs Search : Subis District Council
Question: Apakah jenis / klasifikasi cukai yang dikenakan oleh Majlis?
Answer: I. Penyelenggaraan Jalan - Cukai penyeleggaraan jalan akan hanya dikenakan terhadap pegangan bercukai, yang mana ia memperolehi keuntungan dari jalan, secara langsung atau tidak langsung, yang diselenggarakan oleh pihak Majlis.
II. Pungutan Sampah - Cukai pungutan sampah hanya akan dikenakan terhadap pegangan bercukai apabila sampah dipunggut oleh atau bagi pihak Majlis dan di mana bayaran yang diberikan oleh pemilik untuk perkhidmatan tersebut adalah tidak dikawal oleh undang-undang kecil atau kontrak.
III. Lampu Jalan - Cukai dikenakan ke atas pegangan bercukai yang terletak dengan lampu jalan yang terdekat.
IV. Levi - Levi ialah cukai yang dikenakan ke atas ladang kelapa sawit dalam kawasan bidangkuasa Majlis.
(Source: Laman Web Rasmi Majlis Daerah Subis, 08 Apr 2020)
Source Link: https://mdsubis.sarawak.gov.my/