Category FAQs Search : Pejabat Resident Bahagian Kuching
Question: Apakah prosedur membuat akuan bersumpah di pejabat tuan dan dengan siapakah akuan sumpah boleh dibuat?
Answer: Pelanggan yang datang untuk urusan akuan sumpah hendaklah hadir dihadapan Majistret yang dilantik. Pemohon tidak boleh mewakilkan orang lain untuk bagi pihak semasa akuan sumpah dilakukan. Pemohon juga hendaklah membawa borang akuan sumpah sendiri jika membuat akuan peribadi dan membawa borang akuan dari jabatan/agensi yang memerlukan proses akuan bersumpah.
(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching, 10 Apr 2020)
Source Link: https://kuching.sarawak.gov.my/page-0-58-90-Soalan-Lazim.html