Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : State Public Service Commissions (SPANS)

Question: Perwakilan kuasa SPANS

Answer: Kuasa SPANS telah melalui beberapa perubahan dalam bentuk Arahan SPA (Perwakilan Kuasa) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan melalui kuasa di bawah Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak. Rekod menunjukkan ini telah berlaku sejak 1963. Antaranya adalah seperti berikut:


1967: Appointments and promotions in all departments (except the Sarawak Administrative Service and the General Clerical Service) to non-established posts in Division III with a salary scale of less than $415 a month and to established and non-established posts in Division IV have been delegated to the State Secretary and Heads of Departments.

1972: SS to make temporary appoinments on a month-to-month basis to non-establishment posts for a period not exceeding 6 months, where the salary of the person appointed is not to exceed $660 a month (pre-Suffian).

SS to make temporary appoinments on a month-to-month basis to pensionable posts for a period not exceeding 6 months, where the salary of the person appointed is not to exceed $660 a month (pre-Suffian).

1983: SS to appoint returning Government scholars including holders of Yayasan scholarship, scholarship loan and student loan, either with recognised degrees or diplomas to fill either permanent or temporary posts which are commensurate with their qualifications on temporary month-to-month basis for a period not exceeding 12 months.

HoD to appoint candidates on a temporary month-to-month basis to fill Timescale permanent or temporary posts in Group C or D.

1992: SS to make permanent appointments to pensionable and non-established posts in Group D.

1998: SS to make permanent appointments to pensionable and non-established posts in Group A.

Arahan SPA (Perwakilan Kuasa), 2004

(a) Perwakilan Kuasa Kepada Ketua Jabatan (termasuk SUK & SUT)


(i) melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri di jabatan masing-masing bagi Gred 27 dan ke atas (selain daripada jawatan Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah) sama ada jawatan bertaraf Tetap dan Berpencen, Tetap dan Tidak Berpencen, atau pelantikan secara kontrak atau secara sementara;

(ii) untuk menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai yang dilantik di subperenggan (i) di atas yang masih di dalam tempoh percubaan;

(iii) melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama mana perlanjutan tempoh tersebut tidak melebihi tempoh yang disyaratkan dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk. L.N.1/96); dan

(iv) melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau menjalankan tugas mana-mana pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Negeri di Jabatan masing- masing (kecuali jawatan Timbalan Pengarah), sama ada atau tidak menjalankan tugas jawatan hakiki pegawai tersebut, tetapi tidak melebihi 180 hari bekerja kecuali setelah mendapat kelulusan SPAN.


(b) Perwakilan Kuasa Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri


(i) mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai gred 27 dan ke atas [selain daripada jawatan yang dilantik di bawah Artikel 11 atau yang dilantik di bawah Artikel 36(4), Perlembagaan Negeri Sarawak]; dan

(ii) menukar mana-mana pegawai awam negeri dari satu Kementerian atau Jabatan ke Kementerian atau Jabatan yang lain atau sebaliknya, tanpa melibatkan penurunan pangkat.

(Source: Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, 13 Apr 2020)

Source Link: https://psc.sarawak.gov.my/page-0-124-27-Mengenai-SPANS.html