Category FAQs Search : Pakan District Office
Question: Latar belakang Pejabat Daerah Pakan
Answer: Sejak tahun 1973, Pejabat Daerah Kecil Pakan adalah di bawah pentadbiran Daerah Julau, Sarikei. Ia dinaiktaraf untuk menjadi Pejabat Daerah pada 1hb Mac 2002. Daerah Pakan mempunyai keluasan kawasan sebanyak 924.6km persegi yang boleh dihubungi dengan jalan darat yang lebih kurang sejauh 45km dari bandar Sarikei.
Pakan dipercayai mendapat nama dari sejenis buah yang banyak terdapat di daerah ini dan sangat popular di kalangan penduduknya. Buah tersebut menyerupai buah durian. Replika buah pakan telah dibina di persimpangan Jalan Entabai boleh dilihat sebaik saja memasuki pekan Pakan.
(Source: Sarikei Divisional Administration , 18 Apr 2020)
Source Link: https://sarikei.sarawak.gov.my/page-0-394-249-Pengenalan-Pejabat-Daerah-Pakan.html