Category FAQs Search : Samarahan District Office
Question: Tukar hakmilik senapang patah (senjata api)
Answer: Pada ketika ini, Permohonan Pemindahan Hak Milik Senapang Patah hanya boleh dilakukan dalam 2 cara iaitu:
1. Melalui Probet (Pemilik senjata api sudah meninggal dunia),
2. Semasa Hayat (Pemilik senjata api masih hidup).
Untuk kedua-dua cara di atas, Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti Laporan Kesihatan oleh Doktor daripada Klinik atau Hospital Kerajaan dan senjata api telah diperiksa oleh pihak Polis dan didapati berfungsi serta masih boleh digunakan. Tapisan keselamatan terhadap pemohon akan dilakukan oleh Polis setelah borang permohonan yang dihantar oleh Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut.
Bagi Permohonan Pemindahan Hak Milik Semasa Hayat, syaratnya adalah seperti berikut:
1. Pemilik senapang mestilah berumur 65 tahun ke atas. Jika tidak (belum mencapai usia tersebut), Laporan Kesihatan dari doktor kerajaan (Klinik atau hospital) perlu disertakan.
2. Hanya dipindah ke anak pemilik sahaja, lelaki atau perempuan.
(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Samarahan, 18 Apr 2020)
Source Link: https://samarahan.sarawak.gov.my/page-0-49-277-Senapang-Patah.html