Category FAQs Search : Depository Services
Question: Sekiranya rekod awam dan fail berada dalam keadaan rapuh dan rosak teruk, bagaimana PUSTAKA akan memastikan akses kepada rekod awam tersebut?
Answer: Bagi rekod awam yang mempunyai fizikal rapuh dan rosak teruk serta kerap dirujuk oleh pengguna, Pustaka Negeri Sarawak akan melakukan imbasan ke atas rekod awam dan fail tersebut. Salinan digital rekod awam yang berstatus terbuka dan berusia 25 tahun ke atas akan dimuatnaik ke dalam Archival Records Management System (ARMS) dan boleh diakses oleh pengguna. Selain itu, salinan digital ini juga akan dimikrofilemkan untuk tujuan pemeliharaan dan akses rujukan di masa akan datang.
(Source: , 29 Apr 2020)