Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Serian Resident Office

Question: Infomasi berkaitan Pejabat Residen Serian (as of 15 May 2020)

Answer: Pejabat Residen Bahagian Serian mula beroperasi pada 1 Disember 2015 di bangunan Pejabat Residen Bahagian Serian yang dibina bersebelahan dengan Pejabat Daerah Serian. Sebelum dinaiktaraf sebagai sebuah bahagian, Daerah Serian dan Daerah Kecil Tebedu merupakan di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan dan Daerah Kecil Siburan di bawah pentadbiran Bahagian Kuching.

Sejak Serian diisytiharkan sebagai Bahagian ke-12 dalam Negeri Sarawak oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem, Ketua Menteri Sarawak yang ke-5. Bahagian Serian telah diterajui oleh 2 orang Residen iaitu En. Dahim Anak Nadot telah dilantik sebagai Residen Serian yang pertama pada 01 Oktober 2015. Manakala En. Johnathan Lugoh telah dilantik sebagai Residen Serian yang kedua pada 17.01.2017.

Pejabat Residen Serian dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:

i. Perancangan Strategik dan Pelaksanaan Projek Bahagian.
ii. Perancangan dan Pembangunan Sosial.
iii. Bahagian Khidmat Pengurusan.

Pejabat ini diketuai oleh Residen dan dibantu oleh Timbalan Residen beserta 16 orang pegawai dan kakitangan pelbagai gred dan jawatan. Pejabat Residen Bahagian Serian bertanggungjawab dalam memimpin perancangan, pelaksanaan dan pemantauan ke atas :

Pembangunan fizikal dan ekonomi Bahagian Serian
Program dan aktiviti sosial dan keselamatan Bahagian Serian
Perkhidmatan statutori di bawah bidangkuasa Pentadbiran Bahagian Serian
Urusan pentadbiran dan kewangan pejabat pentadbiran bahag

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Serian, 15 May 2020)

Source Link: https://serian.sarawak.gov.my/serianro/page-0-344-224-tid.html