Category FAQs Search : Depository Services
Question: Bagaimana pula Fail-fail mahkamah bumiputera dan doket. Adakah perlu dipindahkan?
Answer: Sekiranya fail tersebut berstatus tidak aktif dan tidak lagi dirujuk/digunakan di jabatan, fail tersebut boleh dipindahkan ke Pustaka Negeri Sarawak. Fail tersebut akan dipelihara dan disimpan kekal di Repositori Rekod Negeri. Fail tersebut masih boleh dirujuk oleh jabatan pengwujud di Repositori Rekod Negeri.
Boleh dipindahkan tetapi mengikut kriteria dan garis panduan Bahagian Pengurusan Arkib. Jabatan perlu menilai sekiranya fail tersebut tidak lagi aktif dan fail tersebut hendaklah mengandungi kes yang telah tutup. Sekiranya fail tersebut fail sulit, jabatan hendaklah menurun taraf status fail tersebut kepada terbuka. Untuk merujuk fail mahkamah tersebut, pengguna atau penyelidik hendaklah memohon kebenaran daripada mahkamah tersebut. Ini adalah untuk memastikan maklumat fail tersebut terkawal.
(Source: , 22 Jun 2020)