Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Depository Services

Question: Sekiranya bahan-bahan atau fail yang telah diolah pada 1963 itu rapuh atau senang rosak, adakah pihak pustaka mempunyai cara khas untuk mengendalikan bahan-bahan atau fail yang senang rosak?

Answer: Pustaka Negeri Sarawak akan menilai keadaan atau rekod tersebut dan akan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan keadaan kerosakan fail tersebut. Sekiranya pemeliharaan dan pemuliharaan tersebut memerlukan kaedah yang lebih rumit, Pustaka akan mengambil masa sekurang-kurangnya tujuh (7) hari hingga 14 hari untuk menilai dan memulihara bahan tersebut.

Untuk fail tahun 1963, Bahagian Pengurusan Arkib menjalankan program Kempen 1Fail 1Minggu: 1963 untuk membantu jabatan memindahkan fail yang telah diwujudkan pada atau sebelum tahun 1963. Fail tersebut akan diproses dan dibersihkan semasa program tersebut, manakala fail yang telah koyak atau rosak, pemuliharaan ke atas fail tersebut akan dilakukan selepas proses pemindahan selesai dijalankan.

(Source: , 22 Jun 2020)