Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Depository Services

Question: Untuk merujuk fail yang telah dihantar ke Pustaka, bolehkah pegawai rekod atau hanya pegawai seranta saja yang boleh merujuk?

Answer: Pegawai rekod jabatan atau pegawai seranta yang telah dilantik oleh jabatan boleh meminjam keluar rekod dengan tujuan rujukan atas urusan rasmi jabatan seperti kes mahkamah dan sebagainya. Manakala pengguna seperti orang awam atau penyelidik hanya boleh merujuk rekod tersebut di dalam premis Repositori Rekod Negeri sahaja sekiranya fail tersebut berstatus terbuka dan telah berusia 25 tahun ke atas.

Untuk fail 1963 yang telah dipindahkan ke Pustaka Negeri Sarawak, fail ini telah berusia 25 tahun ke atas dan sekiranya terdapat pengguna atau penyelidik ingin merujuk fail tersebut, Pihak Pustaka tidak akan memaklumkan kepada pemilik asal fail tersebut. Fail tersebut telah menjadi rekod awam dan boleh dirujuk oleh orang awam.

(Source: , 22 Jun 2020)