Category FAQs Search : Pejabat Daerah Saratok (Saratok District Office)
Question: Sejarah Pejabat Daerah Saratok
Answer: Pada awalnya, Pejabat Daerah Saratok atau dikenali sebagai "Fort Charles " telah dibina oleh seorang kakitangan Kerajaan Brooke yang bernama Maxwell sekitar tahun 1878 sebagai tempat pentadbiran dan terletak di tengah-tengah pusat Bandar Saratok iaitu di atas bukit SAGATOK yang merupakan bangunan bersejarah Daerah Saratok.
Pejabat Daerah Saratok telah beroperasi semenjak sebelum Merdeka lagi iaitu sekitar tahun 1888 sehingga tahun 2008 di Bangunan yang sama.
Pejabat ini telah berpindah ke pejabat baru iaitu kira-kira 200 meter dari bangunan asal dengan rasminya pada 30 Ogos 2009 di atas tanah Lot 42 Saratok Town District.
Daerah Saratok juga dahulunya dikenali sebagai Kalaka merupakan sebahagian daripada Pentadbiran Bahagian Betong yang berkeluasan 1,686.68 km persegi. Pentadbiran Daerah Saratok juga mewujudkan Daerah Kecil dalam membantu Pentadbiran Daerah Saratok iaitu Daerah Kecil Budu.
Click here to download attachment
(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Betong, 23 Jul 2020)
Source Link: https://betong.sarawak.gov.my/saratokdo/page-0-178-141-tid.html