Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Pejabat Daerah Sarikei (Sarikei District Office)

Question: Pengurusan Sijil Anak Angkat di Pejabat Daerah Sarikei

Answer: A) DEFINISI
'Ibu/Bapa Angkat' bermaksud orang yang mengangkat atau orang yang berhasrat untuk mengangkat anak menurut Adoption Ordinance, 1942 (Chapter 91) (Pindaan 2002).
‘Sijil' ialah sijil pengangkatan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4(3) atau salinan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4 (5).
‘Anak’ adalah orang yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun;definisi kurang tepat
‘Penjaga’ ialah penjaga yang dilantik oleh mahkamah yang ditauliahkan atau mengikut Seksyen 4 atau 5 Ordinan Penjagaan Bayi (Guardianship of Infants Ordinance, Chapter 93).
'Ibu/Bapa Kandung' bermaksud ibu atau bapa secara biologi kepada kanak-kanak tanpa mengambilkira sama ada mereka berkahwin secara sah atau tidak sah.

‘Sarawak Connection’ ialah in relation to any person, a person who :
a. is born in Sarawak and one of his parents also has Sarawak Connection; or
b. is permanently residing in Sarawak; or
c. is domiciled in Sarawak

B) SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENDAFTARAN SIJIL ANAK ANGKAT
1) SIJIL ASAL :
1.1. Sijil Kelahiran Kanak-Kanak
1.2. Kad Pengenalan kanak-Kanak
1.3. Kad Pengenalan Ibu/Bapa Kandung
1.4. Kad Pengenalan Ibu/Bapa Angkat
1.5. Sijil Nikah Ibu/Bapa Angkat
1.6. Sijil Cerai Ibu/Bapa Kandung

2) SIJIL FOTOKOPI :
2.1. Sijil Kelahiran Kanak-Kanak
2.2. Kad Pengenalan kanak-Kanak
2.3. Kad Pengenalan Ibu/Bapa Kandung
2.4. Kad Pengenalan Ibu/Bapa Angkat
2.5. Sijil Nikah Ibu/Bapa Angkat
2.6. Sijil Cerai Ibu/Bapa Kandung

3) Kehadiran Ibu/Bapa Kandung dan Ibu/Bapa Angkat

4) Kehadiran Saksi

5) Surat Kebenaran sekiranya Ibu/Bapa Angkat bukan penduduk tetap Sarawak

(Source: Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Sarikei, 23 Jul 2020)

Source Link: https://sarikei.sarawak.gov.my/page-0-313-177-Pengurusan-Sijil-Anak-Angkat.html