Category FAQs Search : Health
Question: Semakan Status Notifikasi Produk Komestik
Answer: Daripada segi keperluan regulatori, setiap produk kosmetik yang berada di pasaran perlu bernotifikasi dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk kosmetik bernotifikasi adalah tertakluk kepada pematuhan berterusan terhadap keperluan undang-undang yang ditetapkan ke atas pihak syarikat yang bertanggungjawab khususnya dalam aspek kualiti, keselamatan serta kesahihan tuntutan yang dibuat pada label atau iklan produk kosmetik. Semakan bagi status notifikasi sesuatu produk kosmetik boleh dilakukan pada bila-bila masa menerusi laman sesawang rasmi NPRA iaitu di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuatturun melalui Google Play Store.
(Source: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)., 02 Dec 2020)
Source Link: https://www.npra.gov.my/index.php/en/informationen/new-products-indication/new-products-approved-quest3.html