Category FAQs Search : LUNDU DISTRICT OFFICE
Question: Bagaimanakah untuk membuat permohonan lesen gerai makanan, teh dan kopi, bir dan minuman keras serta lesen-lesen yang lain?
Answer: Borang permohonan boleh didapati di Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Lundu. Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut;
- Satu ( 1 ) Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini, Tiga (3) keping gambar untuk permohonan Laundry.
- Satu ( 1 ) Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
- Satu ( 1 ) Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan (House Assessment Bill).
- Surat Kebenaran daripada Tuan Punya Premis atau 1 set salinan Surat Perjanjian (Tenancy Agreement) jika berkaitan.
- Pelan tapak dan lantai bangunan yang menunjukan Kehendak-Kehendak Kesihatan (Floor Layout Plan).
- Surat Sokongan daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Untuk Lesen LPG/Bahan-bahan Petroleum/Lodging House).
- Surat Sokongan daripada Pihak Polis.
- Surat Sokongan/Kelulusan daripada agensi berkenaan (Cth: Kantin, Ladang, Agensi Perjudian dan lain-lain.
- Pelan lokasi tempat berniaga.
(Source: Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu, 15 Feb 2021)
Source Link: https://lundudc.sarawak.gov.my/pages.php?mod=faq