Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : LUNDU DISTRICT OFFICE

Question: Bagaimanakah untuk membuat Permohonan Lesen Kedai Runcit Kampung? Borang permohonan boleh didapati dari Bahagian Kesihatan Awam, Majlis Daerah Lundu. ( Setiap borang dijual dengan harga RM5.00 ) Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut :

Answer: - Borang yang telah di sahkan oleh Pemanca/ Penghulu/Ketua Kampung /Tuai Rumah /Pengerusi JKKK.
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Dua (2) keping gambar berukuran passport terkini.
- Salinan Surat Hak Milik Tanah/TOL.
- Salinan Bil Cukai yang baru dijelaskan(House Assessment Bill).
- Pelan lokasi tempat berniaga.

Borang permohonan boleh dihantar secara peribadi ataupun melalui Pos kepada, Setiausaha Majlis Daerah Lundu 94500 Lundu

(Source: Laman Web Rasmi Majlis Daerah Lundu, 15 Feb 2021)

Source Link: https://lundudc.sarawak.gov.my/pages.php?mod=faq