Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Depository Services

Question: Bolehkah pegawai bukan Pegawai Rekod Jabatan atau Pegawai Seranta Jabatan daripada jabatan/agensi yang sama membuat peminjaman rekod/fail yang telah dipindahkan ke Repositori Rekod Negeri bagi urusan rasmi jabatan?

Answer: Pegawai yang bukan Pegawai Rekod Jabatan atau Pegawai Seranta Jabatan BOLEH membuat peminjaman rekod/fail yang telah dipindahkan ke Repositori Rekod Negeri bagi urusan rasmi jabatan dengan mematuhi perkara berikut:
a. disebabkan oleh ketiadaan Pegawai Rekod Jabatan atau Pegawai Seranta Jabatan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
b. telah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing.
c. disertakan dengan surat rasmi daripada jabatan/agensi sebagai bukti arahan.
d. memaklumkan kepada Repositori Rekod Negeri sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum tarikh peminjaman.

(Source: , 16 Feb 2021)