Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Lembaga Pelabuhan Kuching

Question: Apakah fungsi Lembaga Pelabuhan Kuching?

Answer: Fungsi-fungsi Berkanun
(YANG DINYATAKAN DI BAWAH SEKSYEN 9 (1) ORDINAN LEMBAGA PELABUHAN 1961)

9.-(1) Tertakluk kepada peruntukan yang dinyatakan di bawah ordinan ini dan mana-mana arahan dari Menteri, Lembaga Pelabuhan berkewajipan -

a) “untuk menyelenggara atau memperuntukkan penyelenggaraan perkhidmatan dan kemudahan pelabuhan yang cekap dan mencukupi untuk semua pengguna pelabuhan;

b) untuk menyelaraskan segala aktiviti pelabuhan;

c) untuk mempertingkatkan pembaikan dan pembangunan pelabuhan;

d) untuk menyelaras dan mengawal pemindahan kargo atau barangan melalui, ke dalam atau keluar dari pelabuhan, dari mana-mana tempat atau kapal laut, dengan apa cara atau kaedah, termasuk pemindahan minyak atau gas melalui saluran paip, di darat atau di dasar laut, di atas atau di bawah permukaan bumi, di dalam atau di dasar laut; dan

e) untuk melaksanakan kerja-kerja sedemikian yang mungkin diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas seperti yang ditetapkan dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d).”



Lanjutan di dalam Seksyen 9 (3), pelabuhan akan memastikan bahawa

a) “hasil-hasil tahunannya, mengambil kira satu tahun kewangan dengan tahun yang lain, adalah mencukupi untuk membiayai semua bayaran....; dan

b) tidak ada seorang pun diberi sebarang keutamaan atau dikenakan tindakan yang tidak wajar berbanding dengan sesiapapun.”

(Source: Laman Web Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuching, 19 Mar 2021)

Source Link: https://www.kpa.gov.my/page-0-74-51-Fungsi-fungsi-Berkanun.html