Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Lembaga Pelabuhan Kuching

Question: Apakah kemudahan dan perkhidmatan pelabuhan yang ditawarkan kepada pengguna pelabuhan?

Answer: Kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pengguna pelabuhan:

A. Jentera Pengendalian

1. Quay Crane - 35 Tonne. 4 Units
2. Rubber-tyred Gantry (RTG) - 35 Tonne. 9 Units
3. Reach Stacker - 35 Tonne 4 Units
4. Empty Handler - 7-10 Tonne. 2 Units
5. Forklift Truck - 3-6 Tonne 48 Units
10 Tonne 6 Units
15 Tonne 2 Units
6. LPG Low Mast Forklift - 3 Tonne 3 Units
7. Terminal/Towing Tractor - 25-50 Tonne. 35 Units
8. Trailer - 25-52 Tonne 30 Units
9. Container Spreader - 25-40 Tonne 8 Units



B. Berlabuh dan berlayar
C. Tundaan dan tambatan
D. Pemunggahan dan pekerja am
E. Pemindahan kargo ke/dari dermaga
F. Penyimpanan kargo
G. Penerimaan
H. Pengasingan & pengeluaran kargo
I. Survei ke atas kargo yang rosak
J. Timbang dan ukur
K. Bunkering & Fresh Water Supply
L. Reefer Container Plug in & out
M. Penyewaan kelengkapan dan peralatan kargo
N. Keselamatan & Kebombaan

O. Kemudahan Kredit
Pengguna pelabuhan yang berhasrat untuk berurusniaga dengan Lembaga Pelabuhan Kuching secara kredit adalah dinasihatkan untuk mendaftar di Seksyen Perolehan dan melakukan pembayaran deposit tunai atau dengan mengemukakan Jaminan Bank dari bank-bank yang berkaitan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Penolong Pengurus Besar (Kewangan Korporat).

P. Pemaliman
Perkhidmatan Pemaliman adalah disediakan oleh Jabatan Laut dengan memberi notis sekurang-kurangnya 24 jam melalui teleks ke MA 70933 atau faks: +60 82 331 349. Kapal-kapal dikehendaki untuk melapor diri kepada Stesen Isyarat Marin / Stesen Isyarat Biawak disaluran 20 sekurang-kurangnya 2 jam sebelum ketibaan dan terus memberi perhatian ke saluran tersebut untuk maklumat pemaliman dan berlabuh. Perkhidmatan pemaliman disediakan dari jam 0600 hingga jam 2000 setiap hari dan bila-bila masa dengan memberi notis awal sekiranya perkhidmatan tersebut diperlukan. Stesen Jurumudi terletak di Timur Laut 1 batu nautika dari Rumahapi Tanjong Po dikordinat 1º 44' 02" U - 100º 31' 08" T. Disepanjang musim Monsun Timur Laut, Stesen tersebut akan berada di Embang dan Senari pada kordinat 1º 39' 03" U - 110º 31' 03" T


(Source: Laman Web Rasmi Lembaga Pelabuhan Kuching, 19 Mar 2021)

Source Link: https://www.kpa.gov.my/page-0-234-59-Kemudahan-dan-Perkhidmatan-Pelabuhan.html