Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Schizophrenia

Question: Gejala Schizophrenia

Answer: 1. Gejala positif seperti delusi iaitu gangguan interpretasi terhadap persepsi atau pengalaman yang dialami dan merupakan gejala yang paling umum; halusinasi iaitu melihat atau mendengar perkara yang sebenarnya tidak berlaku; gangguan fikiran dimana pesakit mengalami kecelaruan untuk berbicara dan berfikir secara rasional. Pesakit juga mengalami gangguan tingkahlaku dengan bertingkahlaku keanak-anakan atau emosi yang tidak stabil.

2. Gejala negatif pula adalah seperti kehilangan tarikan dan kemampuan untuk melakukan aktiviti harian, tidak beremosi, tidak menjaga kebersihan diri, memencilkan diri dan tiada motivasi diri.

3. Gejala kognitif adalah seperti menghadapi masalah pembelajaran dan kurang penumpuan perhatian, kurang konsentrasi dan bermasalah dengan daya ingatan.

(Source: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 12 May 2021)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/schizophrenia-3/