Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Schizophrenia

Question: Rawatan Schizophrenia

Answer: Schizophrenia tidak dapat dirawat dengan sejenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti :-

1. Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit

2. Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit

3. Psikososial
- Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
- Sokongan ahli keluarga (Family’s support) juga penting dalam membantu pemulihan pesakit. Penglibatan mereka perlu bagi memberi sokongan moral dan emosi kepada pesakit dalam proses pemulihan pesakit.

(Source: MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 12 May 2021)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/schizophrenia-3/