Category FAQs Search : Tabung Baitulmal Sarawak
Question: Apakah yang dimaksudkan dengan Wakaf?
Answer: Wakaf berasal dari perkataan Arab “Waqf” yang berarti “al-Habs”. Ia merupakan kata yang berbentuk masdar (infinitive noun) yang pada dasarnya bererti menahan, berhenti, atau diam. Sementara pengertian Wakaf dari segi istilah bermaksud menahan harta yang dapat memberi manfaat bagi kepentingan umum serta kekal fizikal bendanya (iaitu ain) dengan cara memutuskan hak pengelolaan yang dimiliki oleh pewakif untuk diserahkan kepada Nazir yang dibolehkan oleh syariah.
(Source: LAMAN WEB RASMI TABUNG BAITULMAL SARAWAK, 08 Jun 2021)
Source Link: https://www.tbs.org.my/www/?page=63