Category FAQs Search : Tabung Baitulmal Sarawak
Question: Kenapakah TABUNG BAITUlMAL SARAWAK mengenakan sewa pada kadar komersial sedangkan mereka sepatutnya membantu masyarakat Islam untuk berniaga dengan memberi harga sewa yang berpatutan?
Answer: MIS melalui TABUNG BAITULMAL SARAWAK sentiasa menyokong usaha kerajaan untuk menaiktaraf kualiti kehidupan masyarakat terutamanya melalui peluang-peluang ekonomi. Justeru itu, hartanah yang dikelolakan oleh MIS bukan sahaja menyedia ruang kepada masyarakat Islam untuk menceburi bidang ekonomi malah dapat membantu masyarakat dari segi tawaran sewaan yang berpatutan berbanding kadar pasaran semasa seperti ruang-ruang komersial di pusat membeli belah yang lain di bandararaya Kuching setelah mengambil kira kos pembelian atau pembangunan, penyelenggaraan dan pengurusan. Selain itu, mana-mana lebihan dari hasil sewaan ini juga akan dapat menampung program-program bantuan TABUNG BAITULMAL SARAWAK sediada terutamanya tidak dapat dibantu melalui dana Zakat.
(Source: LAMAN WEB RASMI TABUNG BAITULMAL SARAWAK, 08 Jun 2021)
Source Link: https://www.tbs.org.my/www/?page=64