Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Tabung Baitulmal Sarawak

Question: Kenapakah TABUNG BAITULMAL SARAWAK perlu melibatkan diri dalam pembangunan sedangkan masih ramai orang miskin yang belum dibantu?

Answer: Secara dasarnya, Program bantuan TABUNG BAITULMAL SARAWAK sentiasa berjalan sepanjang tahun bagi membantu golongan yang berhak. Peruntukan bagi pembiayaian agihan bantuan sememangnya disediakan dengan mencukupi. MIS melalui TABUNG BAITULMAL SARAWAK telah merangka perancangan strategik jangkamasa panjang bagi memastikan keperluan ummah pada masa depan dapat dicapai selain dari memenuhi keperluan pada masa kini. Bagi memastikan aset-aset yang dipegang oleh MIS adalah strategik, berkualiti dan sentiasa dapat menghasilkan pulangan, pegangan dalam hartanah dijangka dapat menepati keperluan ini. Sungguhpun begitu, pegangan MIS dalam kelas-kelas aset lain masih juga dikekalkan bagi memastikan dana-dana yang diselenggara adalah sentiasa cair dan dapat menampung keperluan semasa.

(Source: LAMAN WEB RASMI TABUNG BAITULMAL SARAWAK, 08 Jun 2021)

Source Link: https://www.tbs.org.my/www/?page=64