Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Health

Question: Apakah yang perlu anda lakukan jika anak anda tercekik?

Answer: "Langkah-langkah jika anak anda tercekik :

LAKUKAN :
Tunggu sehingga mangsa batuk.
Minta bantuan.
Buka mulut anak anda perlahan-lahan – keluarkan objek jika jelas kelihatan.
Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan.
JANGAN :
Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
Mendongakkan kepala mangsa.
Jika mangsa berhenti bernafas, pengsan dan badan menjadi biru, segera lakukan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR) sementara menunggu bantuan pakar.

BAGI KANAK-KANAK DEWASA

Bantu kanak-kanak untuk berdiri jika mereka masih sedar.
Posisikan badan anda di belakang mereka.
Lakukan Heimlich manouvre.
Jika kanak-kanak pengsan laksanakan Kaedah Pemulihan Pernafasan (CPR)."

(Source: , 20 Jun 2022)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/tercekik/