Category FAQs Search : Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)
Question: Siapakah yang boleh memohon Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?
Answer: Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) boleh dipohon secara ex-parte oleh - Seksyen 3A(3)
(a) Mangsa itu;
(b) Peguam mangsa itu; atau
(c) Dalam hal jika mangsa itu ialah seorang kanak-kanak atau dewasa tidak berkeupayaan, penjaga, saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, atau seorang pegawai kebajikan masyarakat selain Pegawai Kebajikan Masyarakat Diberi Kuasa (PKMDBK)
(Source: Jabatan Kebajikan Masyarakat, 24 Jul 2022)
Source Link: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/full&id=MlFzaHBvQk9VQWplaE1vS1JlaDJwUT09