Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Health

Question: Apakah yabg dimaksudkan dengan radang paru-paru / Pneumonia?

Answer: Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Alveoli bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas. Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit. Ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia atau fizikal.

(Source: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 Sep 2022)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/