Category FAQs Search : SARAWAK ANNUAL LIBRARIANS COLLOQUIUM 2023 (SAL.co2023)
Question: BOLEH TERANGKAN APAKAH KONSEP PERPUSTAKAAN TERBUKA YANG DIKETENGAHKAN OLEH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA DALAM KOLABORASI INI.
Answer: KONSEP PERPUSTAKAAN TERBUKA INI ADALAH SATU KONSEP YANG MANA TIDAK ADA PETUGAS YANG BERTUGAS DI SITU. PENYELENGGARAAN DARI SEGI KEBERSIHAN DAN SUSUN ATUR TELAH MENDAPAT KERJASAMA DARI PIHAK YANG BERKAITAN DENGAN PERPUSTAKAAN TERBUKA INI. KEBIASAANYA AKAN DIJALANKAN OLEH PETUGAS KEBERSIHAN DAN JUGA PENGAWAL KESELAMATAN. PIHAK PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA AKAN BERKUNJUNG KE LOKASI TERSEBUT 2 KALI SEMINGGU SAMA ADA MENAMBAH BUKU BAHARU ATAU MENUKAR BUKU LAIN. BUKU-BUKU ATAU BAHAN BACAAN LAIN YANG DITEMPATKAN DISITU JUGA ADALAH BUKU -BUKU YANG DIPEROLEHI SECARA SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI DAN JUGA BUKU-BUKU NASKHAH CONTOH DARIPADA PENERBIT. TIADA ISU SEKIRANYA BUKU TERSEBUT HILANG ATAU ROSAK. JELASNYA KONSEP PERPUSTAKAAN TERBUKA INI ADALAH AMBIL BUKU, BACA BUKU DAN SUSUN BUKU.
(Source: RAIFUDEEN ABD LATIF, PUSTAKAWAN, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA (PEMBENTANG SAL.co2023), 18 Sep 2023)
Source Link: https://www.youtube.com/watch?v=V-6kYvkUnQg