Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Ethnic

Question: Apakah Pesta Kaul Mukah?

Answer: Pesta Kaul merupakan satu pesta keramaian yang diraikan oleh masyarakat Melanau sejak dari dulu lagi.Pesta tradisi yang disambut secara tahunan ini, menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dan luar biasa dari kaum lain. Dahulunya, Kaul ini adalah sejenis pesta keagamaan yang diraikan oleh masyarakat Melanau ‘Pagan’. Ianya adalah upacara pemujaan untuk mereka memohon restu daripada penunggu di laut, darat dan hutan agar mendapat ketenteraman serta keamanan dalam melakukan aktiviti seharian mereka mencari rezeki di tempat-tempat tersebut.Pesta Kaul ini seringkali dijadikan sebagai medan perkelahan komuniti terbesar masyarakat Melanau. Bahkan kini, ianya menjadi salah satu pesta yang dapat kita lihat bukan sahaja dapat menghimpunkan masyarakat Melanau secara khususnya malah boleh menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat yang ingin turut sama berkongsi meraikan pesta ini. Pesta ini biasanya diadakan mengikut kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan berakhirnya musim tengkujuh yang telah mendatangkan kesan dalam kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan di mana sungai merupakan tempat utama sumber pendapatan mereka. Namun demikian, pesta yang dahulunya diadakan atas dasar keagamaan kini sudah menjadi satu pesta yang sentiasa dinantikan ketibaannya bagi masyarakat tempatan mahupun pelancong asing yang datang berkunjung.

(Source: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK, 12 Jul 2024)

Source Link: https://www.rakansarawak.com/v3/2022/08/12/memahami-sejarah-pesta-kaul/