Category FAQs Search : Ethnic
Question: Di daerah manakah terdapat banyak kaum Melanau di Sarawak?
Answer: Masyarakat Melanau pula merupakan suku kaum peribumi di Sarawak yang tinggal di persisiran pantai, muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu, Daro, Mukah, Dalat, Oya dan Igan. Terdapat juga populasi merkea di bandar-bandar lain seperti Sibu, Miri, Kuching dan Bintulu. Pada masa kini, hampir keseluruhan masyarakat melanau menganuti agama Islam dan segelintir menganut agama Kristian. Namun begitu, terdapat juga yang mempercayai tuhan laut iaitu “inah” atau dikenali sebagai “ipok”. Tambahan pula, kaum Melanau dahulunya mempunyai reka bentuk rumah yang unik iaitu rumah yang dibina setinggi tiga tingkat dan ruang tamu terletak di antara bilik rumah tersebut, pintu bilik berttentangan antara satu sama lain. Tujuan rumah ini dibina tinngi adalah untuk memudahkan mereka mempertahankan diri serta membalas serangan musuh. Akhir sekali, masyarakat Melanau juga dipandang unik kerana kaya dengan adat dan budaya tersendiri seperti adat perkahwinan, perayaan, agama dan kegiatan ekonomi.
(Source: Universiti Sains Islam Malaysia, 14 Jul 2024)
Source Link: https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/kepelbagaian-kaum-dan-etnik-di-sarawak/