Category FAQs Search : Kenyalang Gold Card (KGC)
Question: Adakah Kenyalang Gold Card percuma?
Answer: Jika anda berusia 60 tahun keatas, pemegang kad pengenalan berstatus “K”, atau penduduk tetap di Sarawak, anda hanya perlu mendaftar dan memuat turun aplikasi iSarawakCare untuk mendapatkan akses kepada diskaun atau rebat serta manfaat lain dan tawaran istimewa daripada Kenyalang Gold Card.
Setelah permohonan dan pendaftaran Kenyalang Gold Card Berjaya, anda akan menerima kad fizikal secara automatik selain dari akaun digital yang boleh digunakan dengan memuat turun aplikasi iSarawakCare.
Kenyalang Gold Card adalah salah satu cara kerajaan dan vendor di Sarawak untuk mengucapkan terima kasih atau “makseh banyak-banyak” atas segala yang anda telah lakukan untuk Sarawak dengan membesarkan keluarga anda, bekerja atau di dalam komuniti.
(Source: eCentral, 03 Dec 2024)
Source Link: https://ecentral.my/kenyalang-gold-card-kgc/