Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : PERKAHWINAN

Question: Dimanakah Permohonan Poligami Saya Boleh Didaftarkan? Situasi: Saya tinggal di Kampung Ketereh dan bekerja di Kota Bharu. Isteri saya bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Sekiranya saya ingin membuat permohonan berpoligami, dimanakah saya perlu menghantar borang permohonan?

Answer: Tuan boleh membuat permohonan kebenaran berpoligami di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Permohonan Penyampaian Saman Diluar Bidang Kuasa adalah diperlukan kerana isteri tuan beralamat penyampaian di Kuala Lumpur. Borang permohonan kebenaran berpoligami dan Permohonan Penyampaian Saman Diluar Bidang Kuasa boleh didapati di Kaunter , Bangunan Mahkamah Syariah Kota Bharu.

(Source: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, 03 Dec 2024)

Source Link: https://syariah.kelantan.gov.my/index.php/component/content/article/21-joomla/components/267-soalam-lazim-perkhawinan?Itemid=951