Category FAQs Search : PERKAHWINAN
Question: Apakah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan sekiranya saya ingin mendaftarkan Permohonan Kebenaran Berpoligami?
Answer: Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mendaftarkan Permohonan Kebenaran Berpoligami adalah :
Dua (2) salinan borang (Notis Permohonan & Afidavit)
Dua (2) salinan borang penyampaian saman di luar bidangkuasa (bagi Responden yang berada di luar Kelantan/Malaysia)
Borang MS 27 (Pengenalpastian Ekshibit) mengikut bilangan ekshibit yang ditandakan.
Salinan KP Pemohon (3 salinan)
Salinan surat Permastautinan Pemohon (bagi Pemohon yang alamat KP diluar daerah di negeri Kelantan atau di luar daripada negeri Kelantan) (3 salinan)
Salinan Slip Gaji/Penyata Pendapatan/Penyata Bank/Perakuan Pendapatan (terbaru) (mana yg berkaitan) (3 salinan)
Salinan Surat Nikah (isteri sedia ada) (3 salinan)
Salinan Surat Cerai Bakal Isteri (3 salinan) jika janda dan Salinan Surat Mati Suami Terdahulu (3 salinan) jika bercerai mati.
(Source: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan, 03 Dec 2024)