Category FAQs Search : Human Rights
Question: TUGAS KAMI
Answer:
FUNGSI UTAMA
Work based on mandates
Bahagian Dasar menyokong Suruhanjaya, dari segi menasihati dan membantu Kerajaan dalam menggubal dasar, amalan dan prosedur pentadbiran, khususnya mengenai isu berkaitan hak ekonomi, sosial dan budaya. Cadangan dan panduan hendaklah selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.
Contoh-contoh kerja terdahulu yang pernah dilakukan antaranya termasuklah kajian dan penerbitan beberapa laporan seperti Kajian Diskriminasi terhadap Golongan Transgender di Kuala Lumpur dan Selangor 2019, Laporan mengenai Perkhidmatan Jagaan untuk Warga Emas dan Sokongan kepada Penjaga 2015, Laporan Hak Kepada Pendidikan bagi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 2015, Rangka Kerja Strategik Berkenaan Pelan Tindakan Nasional 2015 dan Laporan Hak Asasi Manusia dan Akses kepada Kesihatan 2011.
Kini, Bahagian ini memfokuskan kepada isu-isu berkaitan Orang Asli/Asal, perniagaan dan impaknya terhadap hak asasi manusia, transgender dan tanpa kewarganegaraan. Bahagian ini juga bekerja rapat dengan kementerian dan/atau agensi yang berkenaan untuk mengenal pasti dan mencari penyelesaian bagi membolehkan akses kepada keperluan asas seperti kesihatan, pendidikan dan pekerjaan kepada kumpulan rentan dapat dipenuhi. Selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Undang-undang pada 24 Jun 2019, Bahagian ini bersedia dan menyokong usaha Kerajaan untuk membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang pertama untuk Malaysia.
(Source: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), 05 May 2025)
Source Link: https://suhakam.org.my/ms/activities/