Category FAQs Search : Jabatan Kerja Raya
Question: Logo Jabatan Kerja Raya Sarawak
Answer: Penerangan Logo
Secara amnya, logo yang dipaparkan ini menggambarkan kepelbagaian bidang kerja yang telah diamanahkan kepada JKR Sarawak. Garisan lurus hitam di atas garis berbentuk lengkungan melambangkan penglibatan jabatan ini dalam pelaksanaan rangkaian jalan raya di negeri Sarawak. Garisan tebal hitam melengkung ini pula adalah simbol berkaitan pembinaan dan penyelenggaraan jambatan di samping menjadi tanda bagi JKR Sarawak sebagai organisasi yang dipercayai oleh pemimpin bagi melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan. Manakala garis hitam melengkung di bawahnya pula adalah simbol kepada pelaksanaan infrastruktur sungai.
Warna
Logo JKR Sarawak mengandungi tiga warna iaitu kuning, hitam dan merah yang melambangkan warna “Trisakti” yang ada pada bendera Sarawak. Warna kuning ini pula melambangkan kematangan nama JKR sebagai salah satu organisasi tertua yang mampu mencapai objektif negeri. Warna hitam pula melambangkan kekuatan dan kesatuan dari segi kualiti jabatan dalam melaksanakan projek pembangunan. Warna merah pula menggambarkan wujudnya nilai-nilai murni dalam tenaga kerja jabatan.
(Source: Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Sarawak, 11 May 2025)
Source Link: https://jkr.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/373