Category FAQs Search : Jabatan Kerja Raya
Question: Misi Jabatan Kerja Raya Malaysia
Answer: JKR menyumbang kepada pembangunan negara melalui :
Membantu pelanggan dalam menyampaikan hasil polisi dan perkhidmatan melalui kerjasama rakan kongsi strategik
Pemiawaian proses-proses dan sistem demi penyampaian hasil yang konsisten
Menyediakan pengurusan aset dan projek yang berkesan dan inovatif
Memperkasa kompetensi kejuruteraan sedia ada
Membangunkan modal insan dan kompetensi-kompetensi baru
Berpegang teguh kepada integriti dalam menyampaikan perkhidmatan
Membina hubungan yang harmoni dengan komuniti
Memelihara persekitaran di dalam penyampaian perkhidmatan
(Source: Laman Web Rasmi Jabatan Kerja Raya Malaysia, 11 May 2025)
Source Link: https://www.jkr.gov.my/my/page/visi-misi-objektif-fungsi-profil-jkr