Category FAQs Search : Library/PDSI/Home Library/Resource Centre
Question: Latar Belakang Perpustakaan Komuniti
Answer: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menubuhkan empat (4) buah Perpustakaan Komuniti (PK). PK diwujudkan sebagai pusat maklumat setempat bagi memudahkan masyarakat mengakses bahan-bahan bacaan dan maklumat dengan mudah dan cepat di tempat-tempat tumpuan utama masyarakat bandar. Selain itu, Perpustakaan Komuniti juga dapat memupuk dan menggalakkan amalan budaya membaca dengan membawa bahan-bahan bacaan dekat dengan masyarakat setempat disamping mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.
(Source: Laman Sesawang Perpustakaan Negara Malaysia, 13 May 2025)
Source Link: https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/311