Category FAQs Search : Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (Department of Labour Sarawak)
Question: Apakah maksud pemberhentian Kerja?
Answer: Pemberhentian pekerja bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan dari beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain. Ini tidak termasuk jenis-jenis penamatan kontrak perkhidmatan akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.
(Source: Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, 03 Aug 2025)
Source Link: https://www.jtkswk.gov.my/v2/?page_id=997