7 Februari 2024, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak terus mendapat pengiktirafan apabila diumumkan sebagai pemenang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) bagi Kategori Agensi Utama, Anugerah Gangsa Setiausaha Persekutuan Sarawak sempena Hari Perkhidmatan Awam 2024 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada petang kelmarin. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Haji Japri Bujang Masli menyatakan Anugerah ini sekaligus mengiktiraf hasil usaha Pustaka Negeri Sarawak terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti, pengurusan dan tadbir urus yang cekap dalam memanifestasikan misi Pustaka Negeri Sarawak kepada rakyat Sarawak khususnya.
Untuk makluman, AKPANS merupakan inisiatif pengiktirafan Perkhidmatan Awam yang berprestij bagi mengiktiraf serta mengukur prestasi jabatan/agensi kerajaan di Sarawak yang mencapai tahap kecemerlangan kualiti dalam keberkesanan tadbir urus, operasi serta penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan melalui pematuhan piawaian kriteria-kriteria tertentu (best practices).
Pustaka Negeri Sarawak mempunyai kira-kira 200 staf terdiri kalangan Pustakawan dan pentadbiran dan mempunyai dua buah kampus iaitu di Miri dan Sibu.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin buat seluruh warga Pustaka Negeri Sarawak untuk terus melakar lebih kejayaan pada masa hadapan.
“Driving Relevance, Inspiring Chance For Future Sarawak” ~ Hari Perkhidmatan Awam 2024
https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/posts/pfbid0XXVu4ZBhEoD38mrzWa7EwuP7katZpqTsxQESUKShpndu1pHcqEgN7FiCmUAn8HR4l
//cer
Blood Donation Drive @ Pustaka Miri 2025 15 Feb 2025
Majlis Graduasi Program Literasi Orang Dewasa Siri 1 22 Feb 2025
World Quran Hour 2025 25 Mar 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025