26 Februari 2024, KUCHING - JENAYAH senyap membabitkan wanita semakin menular dalam masyarakat kita. Macam-macam yang terlintas di fikiran tatkala mendengar kenyataan ini.
Sebagai langkah kesedaran, Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan Ceramah Komuniti bertajuk Hak Perlindungan Dalam Keganasan Rumah Tangga yang disampaikan oleh Encik Khairul Anwar bin Shazali, Pegawai Undang-Undang, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak hari ini.
Encik Khairul dalam ceramahnya berkata, mangsa dan masyarakat umum perlu ambil tahu apakah hak-hak perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga agar nasihat dan bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan di sekeliling kita.
Ini adalah kerana ramai mangsa keganasan rumah tangga terus berdiam diri kerana tidak tahu hak- hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. Sikap berdiam diri menyebabkan mereka berterusan menjadi mangsa dan menanggung bebanan fizikal dan emosi yang amat berat.
Dalam hujah seterusnya juga beliau menegaskan jika tidak dibendung, keganasan dalam rumah tangga yang dibiarkan boleh memuncak dan berisiko mengorbankan nyawa dan jangan biarkan keganasan rumah tangga berterusan. Hentikan sekarang!
Majlis Graduasi Program Literasi Orang Dewasa Siri 1 22 Feb 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Dialogue 2025 24 Oct 2025
Sarawak Global Media and Information Literacy Week 2025 24 Oct 2025