31 Disember 2024, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak meraikan ulang tahun ke-25 dengan melancarkan simbolik "𝐈 𝐚𝐦 𝟐𝟓..." yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak bertempat di Lobi Pustaka Negeri Sarawak.
Program Penanaman Pokok turut diadakan, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).
Ulang tahun ke-25 ini akan terus disemarakkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang dirancang untuk orang awam sepanjang tahun 2025.
Tahniah kepada semua warga Pustaka Negeri Sarawak yang turut sama-sama melangkah seiring sepanjang perjalanan Pustaka melakar kejayaan dan perubahan dari tahun 2000 hingga kini.
Turut hadir, Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Ahli-ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan staf.
Blood Donation Drive @ Pustaka Miri 2025 15 Feb 2025
Majlis Graduasi Program Literasi Orang Dewasa Siri 1 22 Feb 2025
World Quran Hour 2025 25 Mar 2025
Jom Baca Bersama 2025 23 Apr 2025
Perlancaran Reading Seeds 4.0 02 May 2025